"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Monday, 30 November 2015

Cara Menyelesaikan Masalah


   Kehidupan manusia sentiasa dipenuhi dengan masalah dan cabaran. Seseorang itu haruslah tahu bagaimana untk menyelesaikan masalah. Masalah boleh diselesaikan jika kena dengan caranya. Masalah dan isu perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kadang-kadang kita sering menggunakan kedua-dua perkataan tersebut secara sinonimus, tetapi hakikat sebenarnya ada perbezaan di antara masalah dan isu. Masalah perlu diselesaikan dengan secepat yang mungkin manakala isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati .Konsep menyelesaikan masalah perlu difahami dan diteliti dengan betul agar masalah yang dihadapi tidak merebak serta menjadi lebih parah.Terdapat empat cara bagi seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan :
i- Motivasi yang kuat
ii- Trait yang positif
iii- Jati diri
iv- Membina kemahiran

    Motivasi yang kuat boleh mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada pada diri mereka. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan masalah. Keyakinan dalaman serta kebolehan diri untuk menyelesaikan masalah memudahkan mereka menghadapi sesuatu masalah dengan tabah dan sabar. Mereka akan sentiasa berfikiran positif dan menanggap masalah adalah satu cabaran bagi mereka dan perlu diselesaikan dengan segera. Penyelesai masalah yang berkebolehan akan berusaha dengan sepenuh hati untuk mencari penyelesaian apabila masalah itu menjadi rumit.
    Sifat-sifat peribadi seseorang penyelesai masalah boleh mencapai kejayaan. Penyelesai masalah haruslah cerdik dan pintar. Mereka tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani isu-isu. Maslah yang rumit memerlukan pengetahuan yang saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi.
    Penyelesai masalah melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Penyelesai masalah sentiasa yakin pada diri sendiri walaupun mereka tidak pasti sama ada masalah tersebut dapat diselesaikan ataupun sebaliknya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh penyelesai masalah membolehkan mereka mencari jalan keluar untuk setiap masalah. Meskipun tidak mengethaui akan jalan penyelesaian, tetapi mereka tidak akan pernah unuk berputus asa.
    Kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Terdapat beberapa model pneyelesaian masalah yang dikemukakan. Model menyelesaikan masalah yang menggunakan enam langkah(Francis,1990).

    Masalah juga mempunyai kategori yang tersendiri. Hal ini kerana ianya amat penting untuk mengklasifikasikan masalah mengikut kategori. Setiap masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Terdapat enam jenis masalah (Francis,1990) iaitu misteri, tugasan, kesukaran, peluang dan dilema.

    Langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah ialah, mengenal pasti masalah tersebut. Kita haruslah tahu bagaimana masalah itu terjadi. Memahami konteks di mana masalah berlaku akan memudahkan kita untuk memahami masalah tesebut. Seterusnya, mengkelaskan masalah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada setiap masalah. Selepas mengenal pasti risiko masalah, kita hendaklah mengutamakan masalah yang paling tinggi risikonya. Untuk memudahkan proses ini, bahagikan masalah mengikut kategori seperti misteri, tugasan, kesukaran, peluang dan dilema. Menentukan objektif dalam menyelesaikan masalah adalah penting kerana ia akan menentukan apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti  yang perlu dilaksanakan. Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal. Ukuran kejayaan menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukur tentang kejayaaan dalam menyelesaikan masalah. Sekiranya tidak ada ukuran kejayaan, bagaimanakah kita hendak menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah.

    Islam juga mempunyai cara menyelesaikan masalah yang tersendiri. Sesuai dengan konsep Islam yang merangkumi pelbagai perkara untuk manusia ikuti yang terkandung di dalam kitab suci iaitu, Al-Quran. Terdapat dua corak penyelesaian secara Islam. Pertama pendekatan hukum dan kedua ialah pendekatan sufi. Pendekatan hukum dalam menyelesaikan masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Hukum yang disebut disini ialah hukum qat'I dan ijtihad. Hukum qat'I ialah tegas dan jelas. Ia berkait dengan hukum-hukum ibadat,munakahat,jinayat hudud dan sebagainya. Hukum ijtihad pula bersifat rasional. Ia dapat berubah-ubah mengikut perubahan masa dan tempat. Namun ia tidaklah semudah itu untuk diubahsuai tanpa sebarang sandaran syarak yang kuat yang mengharuskankannya. Prinsip ijtihad sangat terkenal dalam kaedah penyelesaian masalah secara Islam sejak dahulu hingga kini.
   
    Pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak berbeza dengan pendekatan hukum yang dianggap bersifat tegas dan keras. Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara utama iaitu hakikat maslah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian. Manakala kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi ; dimensi horizontal dan dimensi vertikal. Dimensi horizontal, proses tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu Pembersihan diri (takhalli) dari sifat-sifat buruk(mazmumah) dan menghias diri (tahaffi) dengan sifat-sifat baik(mahmudah).

Sekian, terima kasih :)
 

No comments:

Post a Comment