"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Friday, 21 December 2012

"kaum kagayan.."



assalamualaikum..
hai..

                          pernah dengar x pasal kaum nie?? ermm rupanya suku kaum nie ada kat Sabah .. belajar Hubungan Etnik dapat tau banyak kaum .. hehehe ... antaranya Kagayan ,,, peh , kena buat assignment pasal kaum nie ,,, p menarik ... :)
Kaum Kagayan


         Kaum Kagayan telah wujud berabad lamanya di Sabah. Kaum ini merupakan kaum minority yang terdapat di Sabah. Berdasarkan sumber yang diperolehi, kaum ini tidak dikenali dan tidak mendapat perhatian dari pihak media massa. Kaum ini sangat sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan kaum yang lain seperti Kadazan,Bajau,Suluk dan lain-lain. Hal ini kerana,kaum ini merupakan kaum yang berasal dari Negara jiran iaitu Filipina yang bersempadan dengan negeri Sabah.
        Kaum kagayan mula berhijrah ke Sabah semasa Sabah dibawah Kesultanan Sulu. Kaum ini berhijrah ke Sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Suku kaum ini telah mendiami beberapa kawasan di Sabah. Antaranya di kawasan Kota Kinabalu, Kudat, Tawau , Semporna dan banyak lagi. Sebilangan besar suku kaum ini memilih untuk tinggal di kawasan persisiran pantai atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana mereka ingin bekerja sebagai nelayan. Kehidupan mereka pada hari ini telah berubah kepada kehidupan yang selesa dan moden. Kebanyakan daripada mereka telah menjadi nelayan moden berbanding dengan kehidupan mereka pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu,mereka hanya menggunakan peralatan tradisional untuk menangkap ikan. Contohnya pukat(pukut) , sampan buatan sendiri dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, suku kaum ini bekerja sebagai nelayan dan digelar sebagai seorang pelaut.
        Kaum Kagayan mementingkan maruah bangsa dan agama mereka. Kebayakan semua keturun Kagayan beragama islam dan mereka sangat mengutamkan ajaran Islam. Suku kaum ini juga mempunyai budaya mereka sendiri. Budaya suku kaum Kagayan mempunyai tarian yang sangat unik seperti tarian berunsai(Lunsai). Tarian berunsai ini adalah tarian tradisioanal suku kaum Bajau di daerah Kota Belud Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan membelakangi sesame mereka dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. Mereka akan menyanyikan lagu tradisioanal mereka sambil sambut menyambut. Gerakan asas bagi tarian ini adalaah gerakan kaki. Tarian ini dipersembahkan apabila ada majlis perkahwinan. Suku kaum ini juga terkenal dengan hasil kraftangan mereka. Mereka terkenal dengan anyaman tikar, dan membuat laying-layang. Selain itu, suku kaum ini juga terkenal dengan mkanan tradisional mereka. Antaranya ialah ubi kayu(putu), makanan laut seperti agar-agar. Tradisi dan adat resam suku kaum ini boleh dilihat melalui perkahwinan. Adat perkahwinan hendaklah didahului dengan rombongan lelaki ke rumah pihak perempuan untuk tujuan merisik. Kebiasaannya kaum ini dikenali juga dengan kaum Bajau Kagayan.
         Perkampungan mereka juga seperti perkampungan orang-orang di Sabah. Kebanyakan kaum ini menugaskan kaum lelaki untuk bekerja sebagai nelayan dan tidak menggalakkan kaum perempuan untuk bekerja sebagai nelayan. Mereka bekerja dengan tekun. Pada siang hari,mereka akan mula bekerja sehinggalah lewat malam. Kemudian mereka akan pulang ke rumah selepas kerja mereka selesai. Kadangkala mereka hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja. Terdapat juga suku kaum ini yang mendirikan rumah mereka berhampiran dengan hutan. Bagi suku kaum ini yang tinggal berhampiran dengan hutan, mereka akan bekerja sebagai pemburu dan petani. Mereka membuat rumah dengan menggunakan kayu kayan yang terdapat di hutan. Rumah mereka tidak mempunyai bilik dan ada juga terdapat satu bilik. Mereka membina beranda rumah dan mempunyai ruang rumah yang terbuka. Dapur  dibina disisi belakang bahagian rumah.
        Suku kaum ini berkahwin sesame mereka iaitu berkahwin dengan suku kaum sendiri. Perkahwinan biasanya ditentukan oleh ibu bapa masing-masing. Terdapat juga perkahwinan lari dimanalelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin diluar daripada pengetahuan keluarga. Perceraian sentiasa berlaku dalam tempoh setahun atau dua tahun dari tempoh perkahwinan. Mereka sangat mudah untuk rujuk semula setelah mereka berpisah. Selepas itu, perceraian cenderung untuk menjadi jarang. Selepas perkahwinan, pasangan dijangka untuk menubuhkan rumah tangga berasingan dalam tempoh dua atau tiga tahun. Rumah baru biasanya akan dibina berhampiran dengan rumah keluarga pengantin perempuan.



"Already done..."


assalamualaikum..
hye ..



                        say Alhamdulillah..thank you Allah ... :')   finally,semuanya selesai ,, assignment yang belum submit semua dah hantar ,,,, pffftttt lega rasanya,, sekarang focus untuk exam .. boleh sudy je,bcoz dah xdew assignment yang membebankan... hehe
translate paper cina akhirnya sudah selesai ,,
assignment group calculus dah hantar..
 presentation group Discrete Math n Data already done .. Alhamdulillah .. :)
terima kasih kepada kawan yang banyak membantu..hee .. kawan2 yang banyak membantu dalam menyiapkan assignment ini ,,tengs alott to Nurshafila a.k.a Filla ...sangat memahami .. xlupe jugak kawan yang len..Abby n Ecah... Ecah...?? hehe ..boleh laaa ....:)
lagi beberapa hari nak final exam .... hope dapat buat yang terbaik..






hey my BFF..!! Tq jugak tau ..
Nana ...:)




Sunday, 16 December 2012

.." regret ,,, "








i can't find the words...
to tell how much u mean to me ... hurmmm
my heart is broken to pieces,,,,


the saddest thing in the world is when two people, who at one time
knew everything about one another ....
but act like strangers.....

true,my hearts still waits for u.....