"WeLcoMe To mY BlOg,,"
" i can't reveal my true feeling .."
Friday, 15 March 2013
"kau boleh!''
assalamualaikum..
hai ..
'i have a dream ' . lagu yang mungkin boleh membangkitkan semangat , ataupun salah satu lagu yang boleh membuatkan diri kita semangat di saat kita jatuh dan lemah semangat. motivasi diri sangat penting untuk setiap individu. motivasi dapat menaikkan semangat kita dan terus bangkit dari kegagalan. semangat yang lemah dan longlai pasti akan segar kembali jika kita mempunyai motivasi diri dan matlamat hidup untuk berjaya.
semua insan dilahirkan untuk mencipta kejayaan diri. untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain. ayuh teruskan melangkah menuju ke hadapan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. jangan kerana seseorang yang membuatkan kita lemah,kita sudah tidak mahu untuk teruskan hidup . biarkan orang lain dengan cara hidup mereka sendiri. yang baik kita contohi dan yang kurang baik kita jadikan sebagai pengajarannya. mungkin kita sering berputus asa atas sebab yang tertentu. terlalu membandingkan diri dengan orang lain sehinggakan kita lupa bahawa kita juga mempunyai potensi diri yang tinggi. cabaran dan dugaan hidup tidak akan pernah lekang dari hidup kita. hanya orang yang tabah sahaja boleh melalui liku kehidupan.
" if i fail i will try again and again and again. " -Nick Vujicic .
setiap kelemahan terselit kelebihannya.
fikirkan boleh dalam apa jua perkara yang dilakukan. tabah dalam mengharungi kehidupan .
"jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,engkaulah apa yang kau fikirkan.."
Subscribe to:
Posts (Atom)