"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Friday, 29 November 2013

"ceramah dari para penggiat seni .."


assalamualaikum..
haiii ..


                 Bismillahirrahmanirahim .. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dapat juga dengar ceramah yang disampaikan oleh para penceramah yang hebat dan sangat menarik. Sekitar beberapa minggu berturut turut, pihak Universiti telah membenarkan pelajar membuat program yang berkaitan dengan islamic festival dan sebagainya. Heliza Helmi merupakan salah seorang penceramah. Sangat menarik dan awesome. Setiap slot dia akan akhiri dengan nyanyian, "sape suruh jemput penyanyi," - katanya. hee. seorang yang kelakar dan sangat spoting.

:: "Seharum Mawar Berduri" - cantiknya wanita kerana :
--cinta kepada Allah dan Rasul
--taat kepada ibu bapa
--isteri taat kepada suami
--pandai menjaga maruah diri
--berjihad menuju jalan islam
--ibu yang mendidik anak-anaknya
nak dunia kena ada ilmu,nak akhirat pon kena ada ilmu. sebaik-baik pakaian ialah pakaian "taqwa".
mawar cantik tapi berduri,wanita cantik tapi susah dipetik dan ada syarat. isilah kekuatan hati dengan iman. Wanita ialah kaum yang dilindungi dan wanita juga perlu menjaga diri. kehebatan wanita akan terserlah jika dia pandai menjaga maruah diri.
Berubah lebih baik (pakaian) :: bagaimana untuk berubah menjadi baik,dari segi berpakaian,dari pakaian yang biasa sehingga lah pakaian yang sangat sempurna untuk menutup aurat. Mungkin ada segelintir diantara kita takut untuk berubah,keinginan untuk berubah ada tapi disebabkan keyakinan diri kurang maka mereka menangguhkan hasrat tersebut. mungkin terlalu memikirkan pandangan kawan-kawan terhadap diri dan sebagainya. Tanyalah diri,kita berpakaian untuk mencari keredhaan Allah atau semata-mata untuk mendapatkan pujian manusia. Berpakaian untuk dibenci oleh Allah atau disayangi oleh Allah. Tepuk dada tanyalah iman.

:: "Appearance Workshop "
--kita dikenali kerana keperibadian , dan pakaian. menegaskan bahawa pentingnya menjaga aurat.
--solatlah pada awal waktu kerana adakalanya Allah hanya memberi sedikit waktu untuk kita solat sebelum kita kembali ke alam barzakh.
--sesuatu perilaku atau perbuatan yang kita buat adalah "Harus" kecuali ada yang disebut di dalam al-Quran. --berpakaian atau apa yang kita pakai memberi kesan psikologi kepada orang lain dan diri sendiri. jika kita memakai pakaian yang menutup aurat, kita akan lebih berkeyakinan.
--5 prinsip utama cara berpakaian dalam Islam :
a) menutup aurat
b)bersederhana dalam pemakaian. tidak berlebihan dan tidak terlalu selekeh.
c)diiktiraf oleh masyarakat Islam.
d)pakaian mengikut jantina.
e)untuk membezakan agama dan budaya. tidak boleh memakai pakaian yang menyerupai agama lain
--Jika hati kita sayang pada Allah, jiwa kita, penampilan kita akan selari dengan apa yang dituntut dalam islam. amalan hati lebih penting dari amalan zahir.

:: "Ketika Cinta Bertasbih .. "
sesungguhnya orang yang beramal soleh dan beriman  syurga bagi mereka.
Tajuk ceramah yang disampaikan mengenai Rasulullah S.A.W .. mengenal Rasul dengan lebih dekat lagi agar kita dapat melahirkan rasa cinta terhadap baginda.
Rasulullah suka bawa 3 benda iaitu : - cermin, sikat dan minyak atar (wangian)
Pesanan nabi kepada Abi Hurairah :
-- Jangan tinggal solat dhuha. kerjakanlah solat sunat dhuha walaupun dua rakaat setiap hari.
-- berpuasa tiga hari dalam sebulan
-- Jangan pernah tinggalkan solat sunat witir selepas selesai solat isyak



















:: sedikit perkongsian ::