"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Sunday, 19 April 2015

" Takdir.."


Assalamualaikum..
hai ..

            Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kan? sebelum munculnya pelangi, pasti akan adanya hujan. kau di uji, bertali arus ujian yang menimpa, namun tetaplah bersabar ,sesungguhnya sabar itu indah. siapa kita untuk mengeluh dengan apa yang berlaku, mengeluh dengan semua yang telah di tetapkan. jangan mudah untuk berputus asa dan jangan pernah untuk menyalahkan yang Maha Esa. Kita hambaNya. Allah pasti bersama dengan kita walau apa jua yang terjadi. Jalan hidup, kisah hidup, cabaran, dugaan dan ujian seseorang berbeza. Ya! berbeza, berbeza mengikut kemampuan. Allah takkan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. Setiap ujian yang diturunkan, setimpal dengan diri seseorang.
           Memang senang untuk kita berputus asa. Mungkin kita rasa tiada siapa yang memahami dan tiada siapa yang faham akan apa yang berlaku. Beban yang terpaksa dipikul, sangat berat sehinggakan wujudnya perkataan berputus asa di minda dan di hati. "Sabar, sabar dan sabar.." Perkataan yang sering di ucapkan oleh orang-ii sekeliling. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Doa, usaha dan tawakal, itu sahaja yang mampu dilakukan. Doa dan terus berdoa, Yakin dengan Allah, Inshaa Allah pasti ada jalannya. Orang cakap, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan. Betul, tapi kamu sendiri yang perlu berusaha. Kenapa kita dipilih? Kenapa?? Sebab kita mampu walaupun air mata sentiasa mengalir. Mengalir selaju air terjun. Di hadapan orang senyum walaupun dalam hati gundah gulana dan hanya Allah yang tahu perasaan kita.
          Allah tahu, Allah tahu semuanya. Nangis lah kamu sekuat hati. Sujud pada Allah, mengadu kat Allah. Pastinya takkan pernah sia-ii. Walau macam mana besarnya dugaan yang diturunkan ke atas diri kamu, kamu perlu berdepan dengan semua itu. Kalau lari, mahu lari kemana dan adakah itu jalan yang terbaik bagi setiap masalah? Pengalaman demi pengalaman. Realiti kehidupan. Tak semuanya indah dan kehidupan tidak selalunya indah. Jangan sedih, mungkin ini semua bukan kehendak kita, tapi apa yang Allah inginkan adalah yang paling terbaik untuk kita.

Tiada apa yang mustahil di dunia. Mati itu pasti. Akhirat kekal abadi.
Semoga kita tabah menghadapi segala ujian yang melanda.
Aku tahu, kamu seorang yang sangat sabar. Glad to know you. Thank you for everything. thank you so much.

byeeee

No comments:

Post a Comment