"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Monday, 10 December 2012

''coretan untuk diri ...''




Assalamualaikum,,
Hai,,

                 bermula lah kehidupan yang penuh dengan cabaran,,kadangkala diri ini tidak mampu untuk mengharungi pahit getir kehidupan.. Hanya berbekalkan secebis ketabahan di dalam hati,mungkin diri ini masih lagi mampu menghadapi semua cabaran,, kalau difikirkan,tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih.. Secara logik berfikir, orang yang berjaya pun pernah berada di landasan yang sangat getir.. Apa yang penting,keazaman dan cita_cita yang tinggi.. Masa depan adalah saya..
        dalam hidup , kita yang perlu tentukan jalan hidup kita sendiri,, jangan ikut orang.. Semua insan kat dunia ni ingin mencapai kejayaan atau ingin berjaya, tapi bukan semua punyai peluang tersebut,, kenapa dan mengapa? Itulah persoalan yang sering diajukan.. Jawapannya ialah ada pada diri sendiri.. Mengapa orang lain boleh berjaya? Kerana kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menggapai apa yang di impikan,, ''engkaulah apa yang kau fikirka'' tepuk dada,tanya diri.. Tiada siapa yang lebih kenal diri kita melainkan diri sendiri.. Jangan mudah berputus asa tanpa sebarang usaha.. Melangkah lah dengan penuh yakin.. Yakin anda mampu buat yang terbaik dalam hidup anda ,, pedulikan apa orang fikirkan terhadap diri kita,jangan menyusahkan hidup orang lain.. Berusaha lah ke arah kebaikan..

Jika semangat kita lemah,mohonlah kekuatan dari Allah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.. Biar susah sekarang,jangan kita menyesal di kemudian hari.. Jangan pernah berhemti berharap terhadap apa yang kita kehendaki.. Hidup satu perjuangan.. Hanya orang yang tahu akan indahnya sebuah pengorbanan akan terus berusaha.. Yakin lah bahawa kita adalah insan yang mempunyai potensi diri yang tinggi.. Kita adalah kita,, jangan pernah meratapi masa lalu yang boleh melemahkan semangat kita.. Tinggalkan ia dan jadikannya sebagai pengajaran..

I wish nothing but the best for myself n my friend.. :-)


No comments:

Post a Comment