"WeLcoMe To mY BlOg,,"



" i can't reveal my true feeling .."

Monday, 10 September 2012

"MingGu Orientasi kat U ,,,"

salam..
hye..






ermm minggu orientasi memang memenatkan,,huhu,, dari pg smpai la mlam ade program..da la jalan jauh..ke sane n kemari ..kui3 .. kawasan da la luas .. beribu hektar kot ... sepatotnye lau nk g mane2, kena nek bas,,, p minggu orientasi, nak pegi mane2 kena jalan jer... xpewlaaa,,, doesn't matter ..huhu.. btw, sy masuk dikir barat sempena malam kebudayaan .. sesuatu yang xdsngka, kteorang menang ,,, bertanding mngikut kolej kediaman masing2 or lau kat cnie kteorang panggil Dewan Penginapan Pelajar(DPP)...
da lar berlatih kejap2 jer, memang xsangka lngsung akn menang coz byak ag persembahan yang hebat2 n menarik perhatian ... antara 15 DPP , kteorang lh yg jd juara ...agak berbaloi la tidow kol 4.30 am bgun kol 6.30 am ... huhu...
last minggu orientasi kteorang pegi buat khidmat masyarakat .... kat kampung felda.... agak penat jgak laa ... p buat la dengan ikhlass ...
lepas mingu orientsi, kteorang tros ade kelas ... xdew cuti n rehat pon .. p xpew la kan ..
lupe nk cakap , satu perkara yang xdsngka oleh student  baru UUM , mase kteorang kat dalam dewan , tengah dengar ceramah , tibe2 AERON AZIZ msuk dalam dewan... pergh, terbaikk la,, hehehe,,, mase 2 kteorang x caye bile nme AERON d umumkn... dye datang kejap jer ... 5 minit jer .. student pompuan ape ag, menjerit la dyeorang.. excited tgok Aeron kan ... hensemmm tauuu.... hehe ...
UUM jgak jmput anak Tun Dr Mahathir ... YAB Dato' Mukhriz ... UM jemput Tun Dr. Mahathir , UUM jemput anak dye ,,, kui3 .... Dato' Mukhriz cite sal pengalman hidup dye ... care dye cakap sangatlah sopan ... care dye jwab soklan, n dye sangat peramah... rupe2nye dye pelajar MRSM Pengkalan Chepa Kelantan. ...  patotla dye leyh berbahase kelantan ... huhu... n dye sambung peljran dye kat U d Jepun , seterusnyer U kat US ...
ape lg ekk yang menarik minggu orientasi nie ,,, asenyer da xdew kot .. hehe...  lagu " i m 4 u " best jugak ... menjadi lagu tema semasa minggu orientasi ... kat cnie juga ade international students ...
lectrer kat cnie majority berpangkat Dr...
.. 
k the end ....Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyeru pelajar-pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) agar bijak merebut peluang yang telah diberi kepada mereka untuk menimba ilmu di menara gading.
Katanya, tidak semua terpilih ke universiti dan hanya mereka yang bertuah sahaja berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. 
“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada siswa siswi baru UUM yang berjaya menempatkan diri di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan rebutlah peluang yang ada untuk menonjolkan kecemerlangan diri.
“Adalah menjadi harapan saya kepada siswa siswi baru supaya mereka dapat menyumbang semula kepada masyarakat seperti yang telah dilakukan oleh alumni-alumni UUM yang lain dan meneruskan perjuangan mereka,” katanya ketika berucap di Majlis Bersama Pemimpin bertempat di Dewan Muadzam Shah, baru-baru ini.
Datuk Mukhriz turut mengingatkan bakal mahasiswa ini untuk tidak lupa diri apabila mencapai kejayaan suatu hari nanti sebaliknya terus mengenang asal usul mereka dan menabur bakti kepada institusi di mana mereka menuntut ilmu. 
“Contohilah alumni-alumni terdahulu yang berjaya seperti ahli korporat, usahawan terkemuka, pemimpin-pemimpin tersohor, ahli-ahli akademik dan ramai lagi mereka yang berjaya dilahirkan oleh UUM.
“Saya akui bahawa UUM telah berjaya menghasilkan graduan-graduan yang telah menyumbang secara langsung kepada masyarakat,” katanya.
Majlis yang dihadiri pelajar-pelajar baru UUM semester pertama sesi 2012/2013 turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Rosna Awang Hashim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Abdul Razak Saleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid,  Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai kanan universiti. 
Pada majlis yang sama, Datuk Mukhriz turut mengingatkan pelajar yang hadir bahawa nikmat kesejahteraan yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin terdahulu.
“Apa yang kita usahakan hari ini bukanlah semata-mata untuk diri kita akan tetapi untuk kesejahteraan generasi akan datang. Istilah Inggeris ada menyatakan ‘I stand tall because i’m standing on the shoulder of giant before’, maka adalah menjadi satu  tanggungjawab pelajar di sini untuk memastikan masa depan generasi akan datang terjamin,” ujarnya. 

gambar sempena minggu orientasi










=)

No comments:

Post a Comment