Hari
nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang
baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.
•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل
menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban
ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana
keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat
pada kambing² peliharaan (bani) Kalb." ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله. - Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh
barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam²
pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh,
insyaAllah tidak.
✉>>> Amalan yang dianjurkan;
✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat,
dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai
ajal datang menjemput.
✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.
✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti
buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah
Yasin dan lain-lain.
◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan
pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban
ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan
Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah
hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam
ini. -------------------------------------------------------------- 2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.
•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله
عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah
kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya." ~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله. --------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan
Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.
*
Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan
taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah
terhadapnya.
•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;
✖ 1. Orang yang melakukan syirik. ✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). ✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan. ✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. ✖ 5. Orang yang ketagih arak. --------------------------------------------------------------- Selamat beramal ツ.
Nisfu
Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam
bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu
Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu
Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti
setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para
sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya
dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.
Dalam
riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah
kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya
berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang
kepada saya Jibril AS dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah
malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari
api neraka sebanyak bilangan bulu kambing
Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik,
tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan
silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang
yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang dibacanya,
maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?"
Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia
kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya
mengulang-ulangnya di dalam sujud."
No comments:
Post a Comment